Wednesday 13 March 2019

                             
                                                    KRAFTANGAN KAUM KAYAN

Hai..Salam sejahtera kepada pembaca sekalian..pada hari ini, marilah kita sama-sama mengenali serba sedikit tentang keunikan manik orang ulu. Saya telah membuat kajian dimana saya memilih kraftangan orang berbangsa kayan. Tetapi terlebih dahulu, marilah kita kenalpasti apakah yang dimaksudkan dengan  kraftangan?


KRAFTANGAN


Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringan sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftanagn selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kerja kejenteraan bukan bersifat kraftangan.


PENGENALAN

Kesenian wujud apabila berkembang dan diturunkan melalui tradisi-tradisi sosial atau masyarakat. Kesenian adalah milik masyarakat dilihat sebagai cara hidup yang bertalian dengan keindahan dari para ahli masyarakat. Kesenian ini juga menjadi tunjungan kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian sepeerti ini, indentiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.

Warisan tradisional ini di kalangan orang Melayu disampaikan secara lisan dari generasi kepada generasi lain. Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum dan bangsa. Maka pelbagai lah adat dan tradisi setiap kaum. Selain itu, setiap kaum juga mempunyai pelbagai pakaian tradisional serta kraftangan sebagai salah satu lambang sesebuah kaum tersebut. Antara kaum yang terdapat di Malaysia ialah kaum kenyah, kayan, kaum penan, kaum orang melayu dan sebagainya. Tidak dinafikan lah bahawa terdapat pelbagai kraftangan serta adat istiadat suku kaum masing-masing.

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asa yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan tercipta. Penghasilan kraftangan juga memerlukan daya kreatif untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik minat pelancong untuk membeli.


Selain itu, seni anyaman adalah salah suatu rekabentuk yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisonal masyarakat. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Kebiasanya penghasilan anyaman ini digunakan dari tumbuhan tropika untuk dijadikan bahan anyaman. Disini terdapat kraftangan bagi kaum kayan.Salah satunya ialah kirep, ta'ah, lavung , tebaeng , hung dan sape



"KIREP"

 Kirep diperbuat daripada bulu enggang. Kirep ini dijadikan sebagai salah satu peralatan untuk ngajat bagi kaum perempuan Kayan. Penghasilan kirep ini mestilah teliti supaya bulu enggang yang diubahsuai menjadi kirep tersebut cantik dan teratur.






Image result for kirepImage result for kirep  Image result for kirep






"TA'AH"

Ta'ah ini diperbuat daripada baldu berhias labuci,manik motif harimau dan tumbuhan pakis. Biasanya, baju ini digunakan untuk pengantin baru yang mengikut adat nenek moyang dari turun-temurun serta digunakan untuk menari tarian tradisional orang ulu. Bukan itu sahaja, orang ulu juga dapat memperkenalkan baju tradisional orang ulu tersebut kepada penduduk tempatan atau pelancong luar melalui pertandingan model  yang telah diadakan.


Related image                           Image result for PAKAIAN TRADISIONAL ORANG ULU


Bagi pakaian tradisional lelaki pula, pakaian mereka seperti baju yang diperbuat daripada kuli-kulit binatang. Sebagai contoh kambing. Mereka juga menggunakan perhiasan kepala yang diperbuat daripada rotan dan dihiasi dengan bulu kambing dan bulu burung kenyalang serta diwarnakan. Sirat yang dihiasi dengan manik-manik kecil turut dipakai di bahagian punggung lelaki sebagai gambaran  seorang pahlawan.

         Image result for pakaian tradisional orang kayan


"LAVONG"

Lavong digunakan sebagai perhiasan kepala yang dihiasi dengan manik dan rambut kambing dan warna-warni.


Image result for lavong tradisional orang ulu     Related image   Image result for lavong tradisional orang ulu





"TEBAENG / KABO"

Kabo yang sering digunakan oleh pelbagai umur dan juga sering digunakan untuk majlis keramaian. Ianya juga digunakan oleh pelbagai kaum kerana kabo ialah perhiasan yang unik dan menarik perhatian yang menggunakan.



Image result for lavong tradisional orang ulu   Image result for lavong tradisional orang ulu   Image result for 'KABO TRADISIONAL 


'' HUNG''

Hung adalah sejenis payung untuk orang yang  bangsa kayan pergi ke kebun. Hung ini diperbuat  sendiri daripada daun. Akan tetapi, ada juga hung dibuat untuk kegunaan hiasan rumah. Hung yang dihias dengan manik biasanya dijadikan hiasan rumah ataupun dijadikan sebagai hadiah dan lambang orang ulu.


Image result for pakaian tradisional orang kayan


'SAPE''


Sape merupakan sebuah alat muzik jenis kordofon yang berasal dari kaum Orang Ulu terutamanya kaum kayan dan kenyah. Hal ini terbukti dengan kehadiran pemain sape' legenda yang digelar Masters of the Sarawakian Sape' iaitu Tusau Padan.
Image result for sape      Image result for sape  






No comments:

Post a Comment

                                                                                  KRAFTANGAN KAUM KAYAN Hai..Salam sejahtera kepada pemb...